Catatan

Perbezaan di antara Oftalmologis, Optometris dan Optisyen

Imej
“Tahap penglihatan seseorang itu adalah bergantung kepada mereka mendapatkan khidmat pegawai perubatan dan penglihatan mata yang betul pada masa yang tepat.” Apabila seseorang itu menghadapi masalah dan perlu membuat pemeriksaan mata, seseorang itu perlu memastikan bahawa pegawai yang memeriksa mata mereka adalah pegawai mata yang profesional mengikut kepada keperluan keadaan mereka. Oftalmologis, optometris dan optisyen adalah merupakan pegawai pemeriksaan dan penjagaan mata yang mempunyai tugas-tugas yang berbeza mengikut kepentingan tertentu terhadap pesakit mata. Perbezaan ini adalah kerana, berdasarkan kepada tahap pencapaian bidang kepakaran dan latihan masing-masing. Berikut merupakan maklumat ringkas berkenaan tiga pegawai pemeriksaan dan penjagaan mata tersebut. Oftalmologis Oftalmologis adalah merupakan seorang doktor di dalam bidang kepakaran mata dan penjagaan penglihatan. Pegawai oftalmologis berbeza daripada pegawai optometris dan optisyen adalah kerana ta...